AS229 - Environmental Technology UiTM Shah Alam

Hi Assalamualaikum!
Harini saya nk dedicate post ni untuk junior yang baru masuk course AS229 - Bachelor of Sciences (Hons.) Environmental Technology di UiTM Shah Alam πŸ€—



Okay first of all, TAHNIAH sebab dapat course ni untuk siapa AS229 ni memang pilihan dia, dan TAHNIAH juga yang AS229 ni course pilihan yang sekadar nak cukupkan quota permohonan je πŸ™Š (Yeap.. aku la tu πŸ˜‚)
Okay la, takpe.. apa pun kalau kita set niat kita untuk belajar, terima dengan hati terbuka untuk menuntut ilmu, inshaAllah dipermudahkan ok? :)



Disclaimer: I'm an undergraduate student of this course. So, I'll to share as many things that I remember for the past 3 years of my studies ok? :)



Ok sebenarnya, saya adalah antara golongan 2nd intake batch di mana kawan-kawan batch diploma dulu dah habis satu semester degree, baru la saya start degree life. So, dalam course AS229 ni terbahagi kepada 4 kelas: A, B, C, D.
Kelas-kelas ni depends korang dari Diploma apa; kalau kelas A dari Diploma Microbiology, B dari Dip Sains, and so on... tapi selalunya kelas A dan B ni akan selalu bersama sebab subjek-subjek semua sama je, cuma ada beberapa subjek je yang dip microbe kena amik, and dip sains tak payah, and vice versa.

Okay so, first thing yang korang kena ada sebagai guide line sepanjang course Env. Tech ni adalah Lesson Plan. Penting nak kena ada supaya korang tak lost dan tau hala tuju course ni. πŸ˜‚ At least kita tau subject yang kita akan belajar, berapa subject satu semester, berapa credit hour.

Ni contoh rupa Lesson Plan

Lesson Plan ni tak silap dulu dapat time taklimat perjumpaan pertama student ETES (Environmental Technology Society). Okay moh le kita tengok satu-satu semester;

SEMESTER 1
 
  • Semester ni korang akan dapat pengecualian kalau korang dari Dip Sains, Dip Microbe....(ada lagi kot tapi tak sure) diploma-diploma yang berkenaan lah..
  • TETAPI ada syarat dia jugak utk dapatkan pelepasan kena at least pass grade yang ditetapkan. So korang kena check balik la transcript diploma dulu.. Kalau tak pass, korang kena bawaklah subjek tu dkt Semester 2 πŸ‘‡ 

SEMESTER 2
  • So kalau korang dari dip. yang dapat pelepasan Semester 1 dkt atas, ini lah list subject korang start degree korang. 
  • EET tu ktrng amik time sem 5
  • Env Science ni subject yang senang je, so make sure korang score!
  • OSH ni banyak belajar pasal Akta, and korang kena beli buku Akta tu. Depends dkt lecturer sama ada dia nak buku OSHA sahaja atau FMA sekali. 
  • Yang bestnya sem ni korang akan ada field trip under subject Ecology. Ktrng pergi Vale Eco Centre, Perak 3d2n.

SEMESTER 3
  • Spatial ialah subject yang korang kena masuk lab computer untuk belajar guna software. And tak sure la batch ktrng je ke, tapi ktrng kena guna laptop sendiri sebab 'makmal computer' tu dia sediakan kerusi dan meja je, computer nya tak ada πŸ˜‚
  • Subject Water ni nota dia baaaannnnyyaaakkk sangat, tapi tips dia make sure focus apa lecturer ajar dkt depan sebab dia akan ajar point2 penting yang akan masuk exam sebenarnya. So, focus je time kelas.
  • Statistic ni menarik, tapi once korang tak datang walau satu kelas pun, korang akan lost. That's it. πŸ˜‚ 

SEMESTER 4
  • Semester that I look forward - Third Language πŸ€— Antara pilihan di UiTM Shah Alam; Bahasa Jepun, Korea, Arab, Mandarin dan French. Seronok dapat belajar bahasa lain, kalau nak amik course bahasa dkt luar kan memang mahal, so manfaatkan la kelas ni. 
  • Again, korang akan masuk 'makmal computer' yang tanpa computer tu untuk belajar guna software baru. Haha. Actually dua-dua software korang belajar sem 3, 4 ni sangat penting dan memang di apply kan dkt kerja. (Berdasarkan pengalaman di tempat intern). So kalau boleh belajar la betul-betul at least boleh letak kemahiran guna software ni dlm resume.
  • Okay to be honest, ni adalah zaman kejatuhan saya, sebab rasanya sebab banyak subject dan tambah pulak perangai tu suka procrastinate haha.. So korang, this sem more focus pls.
  • Habis semester ni, korang akan jalani Latihan Industri (Intern). So sepanjang sem dah boleh la cari company yang amik intern. 

SEMESTER 5
  • CTU tu kelas belajar tentang sejarah Malaysia dan Islam. Banyak buat tutorial dlm kelas untuk markah assessment. Dan ada kena buat folio juga.
  • Final Project Year 1 bermula.... Korang dah boleh fikir start dari sekarang nak buat tajuk apa FYP nanti. 
  • Subject elective tu ada 2 pilihan; Environmental Ethics (tak ada final), dan Green Polymer Technology (ada final exam). Env Ethics memang takde exam, tapi korang kena buat satu project sepanjang sem tu, rasanya kena handle buat field trip ke masuk hutan mcm tu la. Saya amik Green Polymer sebab saya tak nak masuk hutan. Ahaha

SEMESTER 6 (FINAL SEM WOHOO)
  • Semester akhir ni dah takde subject masuk lab dah. FREEDOM! Melainkan masuk lab utk project fyp korang je.
  • ENT ni study about business. Bagus sgt untuk general knowledge nak start business etc. Dan korang memang kena cipta satu product jugak.. Kalau nk tengok contoh video product group saya boleh tgk dkt sini https://www.youtube.com/watch?v=fm5de5OzLbM πŸ˜‰
  • Elective pulak saya amik Human Resource Management (HR). Subject ni byk buat tutorial dlm kelas. Dan ada individual assignment yang contribute byk markah.
  • Dan mostly banyak focus on FYP 2; Experiment, Discussion, Results, Conclusion. 

Okay so basically, tu ringkasan untuk course Environmental Technology di UiTM Shah Alam as far as I remember laa. Tetapkan niat masuk uni, nak menuntut ilmu, kuatkan semangat nak graduate, make our family happy, inshaAllah everything will be just fine :)

One last thing, study pun study but at the same time, try to become active sebab UiTM Shah Alam ni baaannyaakk sgt aktiviti menarik yang korang boleh join. And in faculty itself pun banyak aktiviti, dan talk menarik. Dkt kolej pun ada aktiviti sendiri. So, try to join as many activity as possible, because at the end of the day, we want a quality student not just on papers but as a whole. 😊

Anyway, if there's any incorrect information, correct me. And if you have any question, just leave comment okay :) Good Luck for this course! Till then. πŸ‘‹